Latar belakang Pilihan_raya_kecil_Manek_Urai_2009

Manek Urai adalah salah satu daripada empat bahagian dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Krai. Kedudukannya, di selatan bersempadan dengan DUN Paloh, Gua Musang, di timur adalah negeri Terengganu, di barat adalah DUN Dabong, di utara pula DUN Guchil dan Mengkebang, Kuala Krai.[5]

Profil DUN Manek Urai

DUN Manek Urai kosong ekoran kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei 2009 kerana sakit jantung. Dun Manek Urai terletak di Manek Urai jajahan Kuala Krai Kelantan. Ia terbahagi kepada dua iaitu Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah Melayu.

Pada pilihan raya Umum ke-11, Barisan Nasional memenangi kerusi ini dengan majoriti 53 undi, tetapi pada pilihan raya umum ke-12, Barisan Nasional tidak dapat mempertahankan kerusi tersebut apabila di rampas kembali oleh PAS dengan majoriti 1,325 undi.

Pengundi

Sejarah Pilihan raya

TahunAdun KelantanPartiLawanParti LawanMajoriti
1986Ismail Yaacob PASHaji Wan Zaid Hj Wan Abdullah BN-UMNO594
1990Ismail Yaacob PASHaji Wan Zaid Hj Wan Abdullah, Zakaria bin Awang BN-UMNO, Bebas3,608
1995Ismail Yaacob PASAhmad bin Yusoff BN-UMNO1,715
1999Ismail Yaacob PASHaji Wan Zaid Hj Wan Abdullah BN-UMNO1,518
2004Mohamed Zulkepli bin Omar BN-UMNOMohd Zamsuri bin Mat Lazim PAS53
2008Ismail Yaacob PASMohamed Zulkepli bin Omar BN-UMNO1,352

DUN Manek Urai adalah kawasan politik tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam tempoh 10 pilihan raya umum (1982 dan 2004).Sebelum 1970, ketokohan pimpinan PAS maka bermulalah pembukaan rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri, (LKTN). Pada tahun 1974, kemasukan PAS dalam BN, PAS berdepan calon Bebas. Pada tahun 1978, politik darurat, calon PAS tetap diterima rakyat. Pada tahun 1982 pula, UMNO kemuka calon baru orang kuat Kesedar, PAS berada di era pemulihan dan mengekalkan calon asal. Pada tempoh 1999 - 2004 Peralihan kepimpinan UMNO, harapan baru rakyat maka PAS menukar calon (kepada yang baru). Akhirnya pada tahun 2008, PAS menukar calon (kepada yang lama).

Berdasarkan rekod penerimaan rakyat kepada Almarhum Pak Su Wail(YB Ismail), budaya politik pengundi Manek Urai adalah mengutamakan pemimpin yang memahami kehidupan yang bergantung kepada tanah, hutan dan kebun.

Berkaitan